Sunday, 14 October 2012

Nak cerita sikit pasal insurans

Nak citer skit pasal prudential...

Prudential BSN Takaful adalah insurans yang berkonsepkan syariah.itu yang paling penting.pelan yang Prudential tawarkan adalah konsep 3 ini 1 dimana dia akan cover untuk:
 i)   perubatan (medical card),
 ii)  pampasan
 iii) simpanan...

Medical Card


Medical card sangat penting semasa emergency.. =D
Kalau sakit, mesti nak tempat yang selesa. Dengan adanya medical card kamu akan ditempat2kan di tempat2 yang selasa and ada class gitu...

Harga mediacal card yang paling murah adalah 500k, dan medical card nie nilainye dari setengah juta ke 1.5Juta...

Pampasan

best best...
MC dapat duit
Operation dapat duit
Sehari duduk hospital pun dapat duit... sehari = RM200, 2 minggu?
Bestnyaaaaaaaa..

Kalau kena penyakit kritikal like cancer or stroke pun dapat pampasan... 10k, 50k, 100k??? semuanye bergantung kepada budget yang di bayar tiap2 bulan...

Simpanan


Juga ada untuk prudential. tidak la duit lebur begitu sahaja.boleh kuarkan duit bila2 masa sahaja yang kita suka..

Mungkin ada antara anda yang sudah dicover oleh insurans company lalu malas nak amik insurans lain.. Tapi sampai bila? sampai bila anda nak berkerja di company yang sama? dan sampai bila company tu nak tanggung kesakitan yang anda alami semasa anda sedang bekerja?

After retire? mahal nak kena bayar tiap2 bulan...

contohnya, insurans company cover hanya 20k every year.. bukan cover dia seorang. Tapi cover untuk sekeluarga..

Tapi Mana tau tetiba anda sakit dalam tahun yang sama... takkan aku masih nak mengharapkan insurans company yang tinggal 0 bakinye?

Sebab mujur jugak aku ada insurans peribadi sendiri...


Ini baru berdua ye.. kang dah ada anak2? menggelupur..

Dah ada anak lagi la duit nak kena guna banyak sebab budak2 skang nie mudah kena jangkitan.. kejap2 masuk hospital.. kejap2 masuk hospital..

Benda nie bukan kita rancang.. nak sakit boleh je datang tiba.. memang tetiba sahaja..
Saya taknak cakap pasal kebaikan amik insurans nie sebab anda sendiri boleh pikir.. Cuma saya nak tunjuk jalan dengan siapa yang patut anda call sekiranya anda ingin insurance :)


Tak nak amik sekarang pun takpe.agak2 gaji dah boleh lepas untuk bayar insurans everymonth.. boleh la contact sy..

Minimun - RM100 yang boleh cover seumur hidup sehingga 500k
Berapa la sangat 100, dari membeli beli kasut beg setiap bulan... =D



Sesiapa yang berminat nak langgan insurance prudential ni, sila la hubungi sy marz 019-2825268  :D





KEPENTINGAN MEMILIKI INSURANS.




Kepentingan memiliki insurans?
Secara amnya,  kecenderungan masyarakat khususnya Melayu dalam memiliki insurans masih rendah. Boleh saya katakan 90 peratus daripada populasi Bumiputera di Malaysia masih belum dilindungi insurans. Sedangkan, insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.

Apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Ini berbalik pada didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.
Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans mengikut pandangan Islam sedangkan pakej seperti Skim Takaful Prudential yang berteraskan Islam ditawarkan sekarang.

Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.

Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?
Saya tidak kata, tidak. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?

Bagaimana menilai kemampuan seseorang untuk memiliki insurans?
Kebiasaannya, sebagai wakil insurans kita akan menilai jumlah pendapatan bulanan dimiliki individu dan aliran keluar masuk kewangannya. Sesuatu pakej insurans yang baik biasanya merangkumi 10 peratus nilai daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. Pakej ini tertakluk kepada skim perlindungan yang dikehendaki sama ada untuk simpanan, perubatan mahupun kedua-duanya sekali sebagaimana yang sering dilakukan pemilik insurans.

Bagaimana kita ingin mengetahui kelebihan sesuatu pakej insurans itu sendiri?
Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.
Seperti di Prudential sendiri ada banyak pakej yang ditawarkan seperti insurans perniagaan, unit amanah saham, skim takaful, perlindungan kesihatan, simpanan pendidikan, simpanan hari tua dan sebagainya.

Berbalik kepada persepsi, bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?
Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.
Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubahan, kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.

Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?
Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans.
Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?

Bagaimana aliran pemilikan insurans sepanjang lima tahun kebelakangan ini?
Boleh saya katakan, dalam tempoh lima tahun ini semakin ramai di kalangan masyarakat khususnya Melayu dan mereka yang menetap di bandar memilih untuk memiliki insurans. Kesedaran ini semakin berkembang kerana memikirkan kesan jangka masa panjang untuk mendapatkan perlindungan terbaik untuk diri serta keluarga.
Kalau kita lihat hospital kerajaan hari ini juga menyediakan rawatan pakar di mana ia mengenakan kadar bayaran tinggi untuk pesakit yang memerlukan rawatan. Sebab itu harus kita fikirkan kembali pentingnya memiliki insurans.

Bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kelebihan memiliki insurans?
Ia harus didik sejak kecil dan bermula dari peringkat sekolah. Menjadi tanggungjawab wakil insurans juga mendekati masyarakat untuk memastikan yang mereka faham dan sedar pentingnya memiliki insurans dalam persekitaran cukup mencabar hari ini.

Jika kita lihat berdasarkan sesetengah pelan perlindungan insurans itu sendiri, ada pelan khusus untuk individu termasuklah wanita. Bagaimana pula dengan pelan insurans lelaki?
Menyentuh mengenai pelan yang ditawarkan di Prudential, memang tidak dinafikan wanita mempunyai pelan khusus seperti Prulady dan yang terbaru Takaful Puteri. Lelaki mempunyai pelan secara keseluruhan mengikut kesesuaian dirinya. Buat masa ini, belum ada lagi pelan khusus untuk lelaki.

Dari sudut populasi jantina pula, siapa lebih banyak memiliki insurans, lelaki atau wanita? Apakah faktor yang menyumbang kepada perangkaan itu?
Mengikut sumber yang kita boleh percayai, tidak dinafikan lelaki lebih ramai memiliki insurans berbanding wanita. Mungkin disebabkan faktor kesedaran serta peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan tanggungjawab mereka yang lebih besar menyebabkan mereka memilih untuk memiliki insurans.

Bagaimana seorang lelaki sebagai ketua keluarga berusaha melindungi keluarganya dengan insurans?
Dia masih boleh memiliki insurans menerusi pelan insurans berkelompok di mana setiap daripada ahli keluarganya dilindungi. Tetapi pelan ini tidak merangkumi perlindungan perubatan seperti insurans peribadi.
TIP: Kenapa saya harus miliki insurans?
>>Sebagai persiapan jika ditimpa musibah, saya tidak tahu bila kemalangan akan menimpa.
>>Memiliki insurans ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insurans.
>>Sebagai simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
>>Kos pengajian semakin tinggi. Misalnya, anak saya perlu ada insurans untuk meringankan beban saya kelak.
>>Jadi peninggalan untuk anak dan waris jika saya meninggal dunia akibat musibah.
>>Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya dimasukkan ke hospital.
 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan takaful.
Marziyah Mahazir 019-2825268.

Friday, 10 August 2012

POWER PUMPING: Teknik berkesan untuk masalah susu merudum


Adakah anda mengalami masalah susu merudum? Bayi menangis kerana tidak cukup susu? Cari dulu alternatif sebelum berfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi anda.

Apa yang boleh anda buat? Salah satunya ialah POWER PUMPING.

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Friday, 3 August 2012

TANDA TANDA BERSALIN

Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.


sumber : alamhamil.com

Sembelit Menyeksakan

Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba. Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit.
Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.     
Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:
  1. Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  2. Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  3. Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.
 Untuk mengatasi masalah ini, cubalah cara-cara ini:
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.
  
Sumber : Pa&Ma

Sunday, 15 July 2012

THERMOMETER

Arielyx - Rapid Digital Thermometer

Price : RM19


The Arielyx DT-K111A is an advanced digital thermometer that is durable and reliable. It is manufactured to CE and FDA compliant standards. This innovative design features a flexible tip, takes temperature readings fast and is water-resistant. A large LCD screen allows easy reading of the temperature.

Arielyx - Infra Red Ear Thermometer

Price : RM 79

The Arielyx ET-100B is an improved easy-to-clean design requiring no probe covers. It is manufactured according to CE and European guidelines. This thermometer takes readings in 1 second and comes with a pouch for convenient storage.

Arielyx - Non Contact Infra Red Forehead Thermometer

Price : RM135

The Arielyx HT-82- is conpact and easy to grip. It is fast and features memory for the last 32 readings. It is able to take non contact reading between the distance of 5cm - 15cm.

Quick & easy to use.

Display range : 34 - 44 degree C ( +/- 0.2 degree C accuracy ).

Comes with a handy storage case and ideal for travelling.

Penjagaan Tunggul Tali Pusat Bayi

Setelah bayi dilahirkan, penjagaan tunggul tali pusat perlu diberi perhatian utama oleh ibu bapa. Walaupun cara penjagaannya nampak mudah, tetapi jika tidak berhati-hati ia boleh mengundang bahaya.

Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi anda. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm.

Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup.

Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.

1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
• Bekas air
• Bebola kapas
• Alkohol
• Putik kapas
• Kain barut bayi
• Lampin pakai buang

2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Anda juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi.

3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusar dengan perlahan. Lakukan dua kali sehari.

4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda baru sahaja memandikannya.

5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antisepktik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu jika baki tali pusat itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi anda.

6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.

7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (Yang ada lengkukan dibahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.

8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara.

9. Adik sudah siap! Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak menganggu pengaliran udara di seliling tunggul tali pusat bayi.

Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti :
1. Deman panas,
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.
* Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Penulis pernah mendengar cerita daripada seorang teman mengenai seorang nenek telah mengunting tunggul tali pusat cucunya yang hampir tertanggal iaitu yang hanya tinggal selembar benang. Akibat tindakan itu menyebabkan pendarahan berlaku di bahagian tunggul tali pusat bayi itu. Ekoran dibiarkan berlarutan beberapa hari ia telah menyebabkan kematian kepada cucunya. Oleh itu, nasihat penulis dalam soal penjagaan tali pusat ini lakukan penuh berhati-hati supaya tiada sebarang jangkitan berlaku dan biarkan ia tertanggal sendiri kerana ia berkaitan dengan sistem saluran darah bayi itu.
Sumber : Pa&Ma