Kepentingan memiliki insurans?
Secara amnya, kecenderungan masyarakat khususnya Melayu dalam memiliki
insurans masih rendah. Boleh saya katakan
90 peratus daripada populasi
Bumiputera di Malaysia masih
belum dilindungi insurans.
Sedangkan, insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada
individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan
saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans
jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada
waktu tua kelak.
Apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Ini berbalik pada didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat
masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu
tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam
isi rumah keluarga Melayu.
Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan
budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak
masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans
mengikut pandangan Islam sedangkan pakej seperti Skim Takaful
Prudential yang berteraskan Islam ditawarkan sekarang.
Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang
secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian
masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga
lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di
Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di
kota serta pada masa sama memiliki insurans.
Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?
Saya tidak kata, tidak. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri.
Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya
sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan
terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri
tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta
keluarganya pada masa depan?
Bagaimana menilai kemampuan seseorang untuk memiliki insurans?
Kebiasaannya, sebagai wakil insurans kita akan menilai jumlah pendapatan
bulanan dimiliki individu dan aliran keluar masuk kewangannya. Sesuatu
pakej insurans yang baik biasanya merangkumi 10 peratus nilai daripada
jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. Pakej ini tertakluk kepada skim
perlindungan yang dikehendaki sama ada untuk simpanan, perubatan mahupun
kedua-duanya sekali sebagaimana yang sering dilakukan pemilik insurans.
Bagaimana kita ingin mengetahui kelebihan sesuatu pakej insurans itu sendiri?
Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans yang hendak
ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan
yang bakal dinikmati daripada
pelaburan
yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej
murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta
tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.
Seperti di Prudential sendiri ada banyak pakej yang ditawarkan seperti insurans perniagaan,
unit amanah saham, skim takaful, perlindungan kesihatan, simpanan pendidikan, simpanan hari tua dan sebagainya.
Berbalik kepada persepsi, bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?
Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat
sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita
mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans
banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada
ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.
Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubahan,
kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.
Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?
Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal
kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel
hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan
insurans, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang
tidak memiliki insurans.
Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?
Bagaimana aliran pemilikan insurans sepanjang lima tahun kebelakangan ini?
Boleh saya katakan, dalam tempoh lima tahun ini semakin ramai di
kalangan masyarakat khususnya Melayu dan mereka yang menetap di bandar
memilih untuk memiliki insurans. Kesedaran ini semakin berkembang kerana
memikirkan kesan jangka masa panjang untuk mendapatkan perlindungan
terbaik untuk diri serta keluarga.
Kalau kita lihat hospital kerajaan hari ini juga menyediakan rawatan
pakar di mana ia mengenakan kadar bayaran tinggi untuk pesakit yang
memerlukan rawatan. Sebab itu harus kita fikirkan kembali pentingnya
memiliki insurans.
Bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kelebihan memiliki insurans?
Ia harus didik sejak kecil dan bermula dari peringkat sekolah. Menjadi
tanggungjawab wakil insurans juga mendekati masyarakat untuk memastikan
yang mereka faham dan sedar pentingnya memiliki insurans dalam
persekitaran cukup mencabar hari ini.
Jika kita lihat berdasarkan sesetengah pelan perlindungan
insurans itu sendiri, ada pelan khusus untuk individu termasuklah
wanita. Bagaimana pula dengan pelan insurans lelaki?
Menyentuh mengenai pelan yang ditawarkan di Prudential, memang tidak
dinafikan wanita mempunyai pelan khusus seperti Prulady dan yang terbaru
Takaful Puteri. Lelaki mempunyai pelan secara keseluruhan mengikut
kesesuaian dirinya. Buat masa ini, belum ada lagi pelan khusus untuk
lelaki.
Dari sudut populasi jantina pula, siapa lebih banyak memiliki
insurans, lelaki atau wanita? Apakah faktor yang menyumbang kepada
perangkaan itu?
Mengikut sumber yang kita boleh percayai, tidak dinafikan lelaki lebih
ramai memiliki insurans berbanding wanita. Mungkin disebabkan faktor
kesedaran serta peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan tanggungjawab
mereka yang lebih besar menyebabkan mereka memilih untuk memiliki
insurans.
Bagaimana seorang lelaki sebagai ketua keluarga berusaha melindungi keluarganya dengan insurans?
Dia masih boleh memiliki insurans menerusi pelan insurans berkelompok di
mana setiap daripada ahli keluarganya dilindungi. Tetapi pelan ini
tidak merangkumi perlindungan perubatan seperti insurans peribadi.
TIP: Kenapa saya harus miliki insurans?
>>Sebagai persiapan jika ditimpa musibah, saya tidak tahu bila kemalangan akan menimpa.
>>Memiliki insurans ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insurans.
>>Sebagai simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
>>Kos pengajian semakin tinggi. Misalnya, anak saya perlu ada insurans untuk meringankan beban saya kelak.
>>Jadi peninggalan untuk anak dan waris jika saya meninggal dunia akibat musibah.
>>Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya dimasukkan ke hospital.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan takaful.
Marziyah Mahazir 019-2825268.