Tuesday 29 May 2012

Bayi Songsang

Ada x mommies yang pernah mengalami perkara ni? Semasa saya mengandung anak pertama ketika di usia 30minggu, doktor masih mengatakan bayi saya masih belum berada di kedudukan sebenar.
Pendek kata dalam istilah perubatan, bayi masih songsang atau dikenali dengan nama breech. Namun diingatkan, perkara ini adalah normal, kerana selepas anak pertama, ruang dalam rahim, atau ruang antara tulang pinggul lebih besar. Jadi, bayi dalam kandungan (untuk anak kedua dan seterusnya) masih bebas bergerak dan berpusing.



Kelahiran songsang masih boleh berlaku walau pun sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25. Namun, ibu-ibu tidak perlu bimbang kerana bayi atau janin masih boleh bergerak ke kedudukan sebenar di saat hampir bersalin.

Kelahiran songsang masih boleh berlaku sekiranya bayi tidak berpusing, tetapi ia amat berisiko. Punca sebenar masalah ini masih belum dikenalpasti. Namun antara yang berisiko adalah:
  1. ibu yang sudah beberapa kali bersalin, kerana rahim sudah bersifat anjal
  2. ukuran janin terlalu besar dengan tulang pinggul ibu
  3. pernah melahirkan bayi pra-matang atau tidak cukup bulan.
  4. kekurangan air ketuban di dalam rahim
  5. bentuk rahim yang tidak normal
  6. hamil dengan mengalami plasenta previa - kedudukan plasenta yang tidak normal, sehingga ada yang menutupi laluan atau bukaan pintu rahim
  7. hamil kembar, kemungkinan salah seorang sonsang atau keduanya, kerana kedua-dua cuba merebut peluang untuk berada di tempat sepatutnya
Di atas adalah antara golongan yang berisiko mengalami kelahiran bayi sonsang ini. Sekiranya ia berbahaya kepada si ibu dan juga anak, doktor akan menyarankan supaya kelahiran berlaku melalui pembedahan agar kedua-duanya selamat. Di lain artikel, kita tengok pula bagaimana mengesan kedudukan bayi songsang, jenis songsangan dan juga antara cara untuk membantu pergerakan bayi agar berada pada kedudukan sepatutnya.

alhamdulillah, pada usia 32weeks,bayi saya berada pada kedudukan yang sepatutnya :)

Tuesday 15 May 2012

Pre Loved SCR6 (SOLD)

Stroller ni baru beli pertengahan bln februari 2012..nk let go sebab baby x nak naik stroller nih..huhu.. sgt suka dgn dsgn dia... condition tip top....9.5/10. kalau berminat, pm sy ye ;)



Colour Red
weight 8.4kg
Suitable from birth till 3 years (Innovative design and portable lifestyle stroller
Lightweight aluminum frame
Adjustable backrest and footrest
Can be in forward or rearward facing *sell at RM350.
* COD area Kuantan.



Sunday 13 May 2012

Checklist Barang Baby & Mama

Mesti mommies2 sgt2 excited nak beli barang bb kan? saya masa mula2 peknan, mmg sgt excited nak beli brg bb..tiap2 kali g shopping complex, mesti g usha2 brg bb..tp xbeli pn... sbb ape xbeli? sbb xtaw nk beli ape n xtaw ape yg penting..yela 1st time kan..mn la taw... tp ada la beberapa rakan2 terdekat yang sudi membantu.. kat sini sy akan listkan keperluan bb..tp xsemua la yang perlu,ikut pada kesesuaian bb n mommies :)   .harap2 checklist ni dapat membantu mommies serba sedikit dalam membuat persiapan menunggu kelahiran si comel..

1. Baju tidur/Harian (long sleeve,long pant,romper)- 0-3months,6-12months (jgn beli yg new born byk 
    sgt..sbb bb cepat besar)
2. Booties & Mittens (5-6 set)
3. Milk bottle 5oz – atau storage bottle for milk storage
4. Kain Lampin - 1 dozen
 5. Diapers Newborn - beli yang kecik je dulu, try sbb ada bb kdg2 xsesuai dgn jenama tu.
6. Blanket baby –  2-3 helai
 7.Changing Mat
8. Bedding set+ pillow set
9. Berus botol susu
10. Baby Wipes
11. Small Towel
12. Baby Towel
13. Bath set
14. Liquid cleanser utk cuci botol
15. Minyak telon @ Yu yee
16. Barut perut, bedung baby
17. Baby vicks
18. Kelambu baby
19. Baby cotton buds
20. Baby bag
21. Baby nail clippers
22. Kurma utk bertahnik
23. Baby cot
24. Susu Formula - spare je...susu ibu ada la yang terbaik. :) 
27. Nappy rash Cream
28. Milk bottle strellizer&warmer – beli pas bersalin pn xpe
29. Breast pump
30. Baby Carries/rockers
31. Car Seat - beli pas pantang pn xpe sbb bb xguna lg hehe
32. Stroller - beli pas pantang
33. Wound Cotton Buds
36. Flask for travelling
37. Safety napkin pins
39. Drawer brg-brg baby


CHECKLIST FOR MOMMY :

1. Maternity Pads - guna pad biasa je sbb maternity pad mmg xbesh....xselesa...huhu
2. Nursing Bra
3. Dispossable Nursing Pad
4. Set Bersalin
6. Breast Pump Set *important!
7. Dettol @ Savlone utk cuci luka (hospital bagi)
8. Jeli gamat @ pati ikan haruan utk sembuhkan luka
9. Bengkung
10. Baju yang botton kt dpn, bertujuan senang utk breastfeed @ nursing shirt
11. Kain batik
12. Disposable panties
13. Madu lebah asli
14. Selipar


CHECKLIST FOR HOSPITAL BAG :
1. Baju2 baby – bw 2-3lai je
2. Mittens & booties – 2-3 pasang
3. Kain Lampin - 1
4. Diapers baby – bw lebih ckit sbb bb masa mula2 ni akan byk kali membuang.
5. Selimut Baby berhooded
6. Baby towel, sapu tgn
7. Barut perut baby – 1 helai
8. Bedung – 1 helai
9. Baby’s toiletries box
10. Milk bottle, breast pump
11. Maternity pads
12. Mummy towel
13. Mummy socks – 2 helai
15. Kain batik – 2,3 helai
16. Tshirt – 2 helai je (hospital suruh ganti baju spital once warded)
17. Bra n disposable panties
18. Bantal kepala baby
19. Bengkung

Saturday 12 May 2012

Tips Memilih Breastpump

Dulu kebanyakkan ibu-ibu tidak mengetahui betapa penting dan berkhasiatnya susu ibu..tp alhamdulillah kini ramai ibu-ibu telah sedar akan kepentingannya. Justeru itu, pelbagai jenis breastpump di cipta bg memenuhi kehendak para ibu ... Tapi mesti ibu-ibu confius kan dalam memilih jenis breastpump yang sesuai? ... Antara faktor yang perlu di titik beratkan iaitu :


KEBERKESANAN PAM 

Bayi menyusu akan menghisap sebanyak 45 - 55 kali hisapan pada setiap minit. Maka lebih dekat kitaran pam dengan lingkungan tersebut maka lebih efektif lah pam dalam mengosongkan payu dara.

Kitaran pam lebih rendah dari 25 kitaran seminit mempunyai kurang keberkesanan. Apabila kitaran pam rendah, masa mengepam adalah ajak panjang. Ini boleh menyebabkan puting dan payudara sakit kerana disedut dan ditarik pada jangkamasa yang panjang.

Kekuatan sedutan dan vakum pam juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanannya. Purata kekuatan sedutan pam pada masa kini adalah 0 mm Hg - 25 mm Hg. Sedutan melebihi 25 mm Hg boleh menyebabkan payu dara sakit.

KETAHANAN PAM
Bukan semua pam diciptakan untuk tujuan yang sama. Ketahanan motor pam direka bentuk bergantung kepada kekerapan mengepam, samaada harian atau sekali-sekala. Ada motor pam yang kecil, ini mungkin sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Disebabkan oleh perbezaan dalam ketahanan, kekerapan anda mengepam adalah satu unsur penting dalam memilih pam anda.

Jika anda menggunakan sebuah pam lebih kerap daripada apa yang dicadangkan, motor pam mungkin akan cepat haus dan ini memendekkan hayat pam. 

JENIS PENGEPAMAN

Terdapat tiga jenis corak pengepaman iaitu single, double alternating and double simultaneous. (tunggal, berganda ulang-alik dan berganda serentak).

Single pump membenarkan anda mengepam satu payudaya pada satu masa. Ini sebenarnya sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Pengepaman sekali-sekala ini bermakna mengepam sekali dalam sehari sahaja.

Jenis ini biasanya ada sesuai untuk suri rumah tangga atau seorang ibu yang kerja sambilan. Atau ibu yang bekerja setengah hari sahaja.

Double alternating Pump pula meyedut kedua-dua payudaya tetapi secara ulang-alik. Pam akan menghasilan sedutan pada satu payu dara sahaja pada satu masa dan sedutan berganti-ganti dengan payudara kiri dan kanan. Pam ini menawarkan lebih rangsangan berbanding single pump, tetapi tidak efektif berbanding double simultaneous pump (pam berganda dan serentak)


Simultaneous Pump (Pam berganda dan serentak)
Pam ini mampu menghasilkan sedutan pada kedua-dua payu dara pada masa yang sama. ia juga mampu  mengurangkan masa pengepaman sebanyak separuh.  Menurut kajian juga, mengepam secara serentak akan meningkatkan penghasilan susuibu. Ini adalah kerana pengosongan payudara secara serentak dapat meningkatkan hormon penyusuan iaitu prolaktin.

KESELESAAN
Breast shield atau corong yang merangkup payudara mempunyai pengaruh terhadap berapa selesanya sebuah pam untuk digunakan. Ada sesetengah pam yang datang dengan satu saiz corong untuk muat semua size payu dara. Ini boleh menjadi tidak selesa untuk ibu-ibu dengan buah dada dan/atau puting yang lebih besar dan mungkin juga boleh menghalang pengeluaran susu.

BABY SWEATER.. RM39 INC POSTAGE..









Friday 11 May 2012

Cara Menyimpan Dan Menggunakan Susu Ibu.



Setelah menggoogle, saya terjumpa cara menyimpan dan menggunakan susu ibu..saya rasa petua ni amat berguna utk mommies :)
 
 
Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamau untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu
Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:
  • bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting:
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Sumber: Ratuhati.com

0 comments:

Catat Ulasan


Nuffnang Ads

Petua banyakkan susu ibu

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ib...u merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. 




Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu & tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis 

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com
* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.

Petikan dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung & 
http://whenmayend.blogspot.com

Kata-kata Aluan :P

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tanggal 11/5/12, blog baby  riezky shop telah berjaya di wujudkan... sebenarnya dah lama pikir nak buat blog, tp di sebabkan kekangan masa ia terpaksa di tunda...al maklum la semenjak dua menjak dah ada baby ni, kehidupan jadi sedikit bz tp sentiasa ceria melayan kerenah si kecil tu....


Meh nk cite ckit sejarah Baby Riezky Shop ni hehe...Baby Riezky Shop di wujudkan selepas lahirnya anak sulong yang tercinta, Muhammad Irfan Riezky b Azman.... sebelum ni dah lama sy n husband pk nak mulakan biz, tp xde idea...tp alhamdulillah lepas lahirnya riezky, idea ni timbul n di sebabkan itu juga la nama Baby Riezky Shop di pilih semperna nama si kecil yg makin comel n debab tu hehe..macam yang selalu orang kata " anak pembawa rezeki"...alhamdulillah...

Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk saya berkongsi tips2 untuk ibu menyusu,mengandung dan yang sewaktu dengannya... Sambil2 mommies n bakal mommies membaca tips2 yang berguna, mommies juga boleh bershopping di sini...macam-macam ada :) 


Nursing Bra


 PRICE :
1 pcs = RM39
2 pcs = RM75
3 pcs = RM110


New and enhanced version of our ever green Kelly nursing maternity bra. Kelly is now padded for better comfort, better protection (no more worries of nipples showing, especially after nursing), better fit and better value for money!

As all our nursing bras, Kelly has a convenient hook for quick and easy nursing access. It features 3 positions back and adjustable shoulder straps for better support, comfort and fit. It features a more discreet 'window' opening, unlike our other mostly full drop cup bras, for that extra bit of privacy when breastfeeding in public.

Made from high quality completely breathable cotton spandex material.

It's something different for your nursing wardrobe! It's thoughtfully designed by moms for moms.

Sizing Guide:

BAND SIZE

* Measure around your ribcage, directly under the bust

For an even number, add 4 to gain your band size. (e.g. measurement = 32 + 4 = band size 36)
For an odd number, add 5 to find your band size. (e.g. measurement of 33 + 5 = band size 38)


CUP SIZE

* Measure completely around the bust at the fullest point

* Each inch of difference between this measurement and your BAND size = cup size.(i.e.: If your band size is 34" and your bust measurement is 36", you wear a "B" cup.)

Please refer to below:

Up to 1" larger: A
Up to 2" larger: B
Up to 3" larger: C
Up to 4" larger: D
Up to 5" larger: DD

Philips Avent Manual Breastpump Via Storage Cup RM150 ONLy!!


Philips Avent Manual BREAST PUMP 
RM 150 ONLY!!!
Brand New, Never Used and in its Original Packaging
Designed for Comfort
Unique active massage cushion for optimum comfort
Being stressed or in a hurry can make it more difficult to release your milk and can affect your milk supply. So feeling comfortable and relaxed really helps. This pump has been designed to increase your comfort when you are pumping.
Patented soft 5-petal massage cushion
The unique active massage cushion is intended to help stimulate natural let-down

Clinically proven results
The gentle-draw vacuum that mimics a baby's natural suckling action gets more milk than a hospital grade double electric pump

Unique system for easy milk storage
Make your life easier by expressing directly into any of the wide range of bottles and storage containers for the fridge or freezer

BPA Free

Made in England

What's Included:
1 x Breast Pump
1 x Newborn Teat Travel Pack
1 x Disposable Breast Pads Starter Pack
2 x 180ml / 6oz Pre-Sterilised VIA Milk Storage Cups and Lids
1 x Milk Storage Cup Adapter 2 x Lids
1 x Instruction Guide
1 x Helpful Guide to Breastfeeding