KEBERKESANAN PAM
Kitaran pam lebih rendah dari 25 kitaran seminit mempunyai kurang keberkesanan. Apabila kitaran pam rendah, masa mengepam adalah ajak panjang. Ini boleh menyebabkan puting dan payudara sakit kerana disedut dan ditarik pada jangkamasa yang panjang.
Kekuatan sedutan dan vakum pam juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanannya. Purata kekuatan sedutan pam pada masa kini adalah 0 mm Hg - 25 mm Hg. Sedutan melebihi 25 mm Hg boleh menyebabkan payu dara sakit.
KETAHANAN PAM
Bukan
semua pam diciptakan untuk tujuan yang sama. Ketahanan motor pam direka
bentuk bergantung kepada kekerapan mengepam, samaada harian atau
sekali-sekala. Ada motor pam yang kecil, ini mungkin sesuai untuk
pengepaman sekali-sekala. Disebabkan oleh perbezaan dalam ketahanan,
kekerapan anda mengepam adalah satu unsur penting dalam memilih pam
anda.
Jika anda menggunakan sebuah pam lebih kerap daripada apa yang dicadangkan, motor pam mungkin akan cepat haus dan ini memendekkan hayat pam.
Jika anda menggunakan sebuah pam lebih kerap daripada apa yang dicadangkan, motor pam mungkin akan cepat haus dan ini memendekkan hayat pam.
JENIS PENGEPAMAN
Terdapat
tiga jenis corak pengepaman iaitu single, double alternating and double
simultaneous. (tunggal, berganda ulang-alik dan berganda serentak).
Single pump membenarkan anda mengepam satu payudaya pada satu masa. Ini sebenarnya sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Pengepaman sekali-sekala ini bermakna mengepam sekali dalam sehari sahaja.
Jenis ini biasanya ada sesuai untuk suri rumah tangga atau seorang ibu yang kerja sambilan. Atau ibu yang bekerja setengah hari sahaja.
Double alternating Pump pula meyedut kedua-dua payudaya tetapi secara ulang-alik. Pam akan menghasilan sedutan pada satu payu dara sahaja pada satu masa dan sedutan berganti-ganti dengan payudara kiri dan kanan. Pam ini menawarkan lebih rangsangan berbanding single pump, tetapi tidak efektif berbanding double simultaneous pump (pam berganda dan serentak)

Simultaneous Pump (Pam berganda dan serentak)
Pam
ini mampu menghasilkan sedutan pada kedua-dua payu dara pada masa yang
sama. ia juga mampu mengurangkan masa pengepaman sebanyak separuh.
Menurut kajian juga, mengepam secara serentak akan meningkatkan
penghasilan susuibu. Ini adalah kerana pengosongan payudara secara
serentak dapat meningkatkan hormon penyusuan iaitu prolaktin.
KESELESAAN
Breast shield atau corong yang merangkup payudara mempunyai pengaruh terhadap berapa selesanya sebuah pam untuk digunakan. Ada sesetengah pam yang datang dengan satu saiz corong untuk muat semua size payu dara. Ini boleh menjadi tidak selesa untuk ibu-ibu dengan buah dada dan/atau puting yang lebih besar dan mungkin juga boleh menghalang pengeluaran susu.
No comments:
Post a Comment