Thursday 29 November 2012

Kesan Shaklee pada susu ibu sangat hebat

Apa kata mereka? credit Sis Laila

 

 






Jom dapatkan supplement anda arini dengan harga "mampu milik" :)

Adakah supplement SHAKLEE membanyakkan susu? Jawapannya TIDAK namun pengambilan vitamin yang konsisten dan pengambilan pada masa yang betul membantu penghasilan susuibu dengan lebih cepat dari biasa!

Jika berminat, boleh hubungi saya :
Email:riezkyshoppe@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp : 019-2825268

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 26 November 2012

Kenapa Set 3M Amat Disukai Ibu-Ibu Menyusu?

Kini makin ramai ibu menyusu yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, rangkaian vitamin yang disarankan untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu telah membantu ramai ibu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Set breastfeeding Shaklee bukan sekadar milk booster (membanyakkan susu) tetapi ia adalah rangkaian vitamin dan mineral keperluan ibu yang menyusukan anak, supaya ibu akan:
  • Lebih bertenaga
  • Kurang stress/tekanan perasaan
  • Mengelakkan meroyan
  • Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
  • Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
  • Perbaiki keintiman suami isteri
  • Memiliki wajah berseri-seri
  • Mencantikkan kulit dan kuku
  • Mengawal berat badan
  • Membanyakkan susu ibu

Siapa yang perlu ambil set ini?


  • ibu yang ada masalah penyusuan,
  • si ibu yang nak mula menyimpan stok,
  • si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
  • ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Maklumlah kadangkala pemakanan kita seharian tu walaupun dah cukup, tapi banyak perkara yang boleh memberi kesan terhadap penyerapan vitamin oleh tubuh kita, misalnya:
  • Sumber makanan dan cara masakan yang merosakkan nutrien
  • Stress
  • Pencemaran udara
  • Usus yang ‘kotor’ dan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik
  • Kurang rehat dan kurang tidur
  • Pemakanan yang tidak seimbang (sekadar kenyang saja) 

Apa kepentingan setiap supplemen ini pula?

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Kalsium@ Ostematrix :
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Jadi, salah satu pilihan yang ada, terutama kepada ibu yang menyusukan anak.. Kerana dia berkhidmat untuk 3 pihak : dirinya, anaknya, dan suaminya – dirinya perlu penjagaan luaran dan dalaman; anaknya perlu pernjagaan, asuhan dan SUSU IBU! Suaminya perlukan layanan dari isteri – maka bertambah-tambah tanggungjawab seorang ibu menyusu.
Kerana itulah set breastfeeding Shaklee disusun sebegitu rupa, agar memenuhi keperluan nutrien seorang ibu. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang ditanam secara organik, pasti selamat dan sesuai buat semua.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Jika berminat, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :marz_156@yahoo.com
Call/Whatsapp : 019-2825268


Friday 23 November 2012

Apa itu ESP Shaklee?

1. Apa itu ESP?

Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. Tiada trial pack. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.

 

2. APA yg BEST tentang ESP ? 

Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

 

3. Kelebihan ESP?

dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .. senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP. 

*Selain membantu dalam penysuan ibu, bayi cepat kenyang, protein juga membantu anjalkan kulit, elak payudara kendur. 


4. Kenapa ESP ni best sgt?

Sbb PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. 


5. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk susu ibu? 

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah mengikut individu masing-masing. Juga ikut budget. Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Yang penting, kekerapan penyusuan harus setiap 3-4 jam dan sehingga payudara dikosongkan, barulah peningkatan susu berkesan.


6. Berapa harga ESP?

(Sila hubungi saya utk mendapatkan harga istimewa Whatsapp 019-2825268)


7. Berapa lama tahan harga satu canister ESP

Dengan pengambilan 3 sudu sehari, ESP boleh bertahan sehingga 1 bulan setengah.

 

8. Siapa yang tidak boleh ambil ESP

Individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan. 


9. Apa rasa ESP

ESP Shaklee berperasa Soya.



10. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke? 

Boleh mengambil kedua-duanya jika berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikkan lain lagi yang berbeza.


11. Apa kebaikkan lain ESP?

  • Membantu pembentukan sel baru. 

  • Baik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

  • Bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.

  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak jadi boleh share dengan anak yang setahun ke atas dan seisi keluarga.

  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Jika berminat, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :marz_156@yahoo.com
Call/Whatsapp : 019-2825268
 

 

Sunday 4 November 2012

Perbezaan Medela Freestyle Breast Pump UK, US, Switzerland & Malaysia

Assalamualaikum & Good Evening... hari ni seharian sy dok search pasal breast pump... kenapa? sbb my sis nak minta sy belikan dan berikan pendapat yang mana yang terbaik n ok :) so searching punye searching... saya terjumpa Natural Parenting Store dan dia melayan setiap pertanyaan saya dengan baik. thanks to NPS :)


Disini saya kongsikan 'copy n paste' maklumat yang saya perolehi dari Blog Lilkaistore Blog diatas perkongsian yang saya rasa sangat menarik dan wajib diketahui oleh pembeli atau bakal pembeli breast pump terutamanya model Medela Freestyle ni.

So ikuti cerita yg di'copy & paste' ini ya...

Apa beza Medela Malaysia dengan Medela US dan UK?



Pengenalan tentang Medela

Masih ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai jenis Medela breast pump origin, antaranya Medela US, Medela UK dan Medela Switzerland. Ya, memang Medela Inc hanya satu, iaitu terletak di Baar, Switzerland, di setiap negara Medela Inc telah melantik Authorized Distributor untuk memasarkan produknya di negara-negara tersebut. Di Malaysia, Lactaequip dilantik sebagai Medela Malaysia Authorized Distributor cum Service Centre. Lactaequip pula mengimport Medela dari Switzerland untuk dipasarkan di Malaysia. Untuk Medela US origin, pasarannya hanya tertakhluk untuk negara US sahaja, begitu juga dengan Medela UK. Kenapa Malaysia mengimport dari Switzerland? Kerana spesifikasi breast pump dari Switzerland memenuhi piawaian penggunaan di Malaysia.

Perbezaan Medela Switzerland, US dan UK?

Label
Di bawah setiap kotak Medela breast pump (manual, single electric atau double electric) akan tertera origin setiap breast pump tersebut. Jika breast pump itu anda beli dari Authorized Dealer Malaysia, anda seharusnya mendapat breast pump Medela Switzerland origin dan di kotak tersebut mempunyai Lactaequip warranty card. Jika breast pump tersebut dari US, maka ia akan tertera alamat Medela US, begitu juga jika ianya Medela UK. Medela US dan UK tidak mempunyai sebarang warranty card kerana pengguna breast pump ini perlu claim warranty direct kepada Authorized Distributor di US atau UK, bukan kepada Authorized Dealer mereka.

Harga
Biasanya harga Medela US atau UK lebih rendah berbanding harga Medela Switzerland. Jika anda lihat harga Medela Harmony RM160-RM199, Medela Swing RM500-RM600 dan Medela Freestyle RM1200-RM1700, maka anda sedang melihat Medela US atau UK origin. Harga-harga ini merupakan range harga yang biasa diletakkan oleh setiap independent seller. Jika anda melihat harga lebih dari harga seperti di atas, maka anda berkemungkinan melihat Medela Switzerland with Lactaequip Warranty Card. Walau apapun, bertanya dulu dengan seller sebelum membeli untuk kepastian.

Authorized Dealer
Lactaequip (Medela Malaysia Authorized Distributor) hanya melantik Medela Authorized Dealer dari kalangan peniaga yang memiliki retail outlet atau kedai fizikal sahaja. Mereka tidak melantik mana-mana peniaga yang hanya menguruskan perniagaan secara online. Maka, jika anda ingin membeli secara online, pastikan anda bertanya dahulu dengan seller sama ada breast pump tersebut warranted by Lactaequip atau tidak. Kebanyakan butik penyusuan seperti kami beroperasi secara retail outlet dan online. Maka, walaupun anda membeli secara online dari kami, anda akan tetap mendapat Medela warranted by Lactaequip kerana kami juga merupakan Medela Authorized Dealer.

Isi kandungan setiap breast pump
Terdapat beberapa perbezaan ketara isi kandungan di dalam kotak breast pump Medela US dan Medela Switzerland (Dijual oleh Lactaequip). Di dalam setiap Medela US (sama ada Medela Harmony, Swing atau Mini Electric) terdapat lebih 2 biji botol yang mana salah satunya adalah feeding bottle (sekali dengan teat dan travel cap). Di dalam Medela Switzerland pula, ia lebih bermanfaat yang mana mereka memberi lebih spare part iaitu sebiji Medela PersonalFit breastshield (24mm-M size) sebagai alat ganti seandainya Medela SoftFit anda rosak setelah memakainya untuk beberapa lama. PersonalFit ini bernilai RM69.

Jika anda membeli Medela Freestyle switzerland pula, anda akan menerima beberapa item tambahan berbanding yang terdapat di dalam Medela Freestyle US iaitu 2pcs bottle stand untuk keseimbangan botol jika berisi susu (tiada di dalam Medela Freestyle US), Universal adapter (all-in-one, anda boleh guna salah satu dari adapter ini semasa berada di luar negara mengikut kesesuaian plug pin), 2pcs feeding bottle travel cap (Medela Freestyle US hanya memberi 1 unit sahaja), 2pcs PersonalFit Breastshield (24mm-M size) sebagai spare part yang bernilai RM138 (spare part ini tiada di dalam Medela Freestyle US).

Warranty
Lactaequip hanya memberi dan menerima warranty kepada pengguna yang mempunyai Lactaequip Warranty Card (LWC) sahaja. Jika anda mempunyai LWC, maka anda patut sedar bahawa anda mempunyai lesen besar untuk mendapatkan servis dari Lactaequip. Lesen besar, bermaksud lebih dari warranty. Ya, dengan memiliki LWC, anda bukan sahaja mendapat warranty dari Lactaequip tetapi juga 'breast pump insurance' under Lactaequip. 'Breast pump insurance' akan saya jelaskan kemudian.

Jika anda pengguna Medela US atau UK, warranty breast pump anda tidak diiktiraf oleh Lactaequip. Maka, anda hanya dapat warranty dari independent seller tersebut sahaja (jika mereka provide warranty sendiri). Saya juga ingin ingatkan anda, Medela US dan UK tidak iktiraf warranty pada international customer yang membeli breast pump mereka. Tindakan mereka adalah sama seperti Lactaequip, ini kerana kesemua Medela Authorized Distributor mematuhi polisi ketat dari Medela Inc. Malahan, adalah dilarang untuk mana-mana Authorized Distributor dan Dealer dari kedua-dua negara ini untuk menjual Medela breast pump (terutama sekali Medela Freestyle) ke negara lain selain di dalam US dan UK sahaja. Oleh itu, anda perlu bertanya dengan seller tentang warranty claim, iaitu di mana mereka perlu berurusan jika breast pump rosak atau perlu di servis semasa warranty masih berlangsung.

After Sale Service
Lactaequip provide Lifetime After Sale Service kepada pengguna yang mempunyai Lactaequip Warranty Card (LWC), semasa warranty berlangsung atau selepas warranty tamat selagi anda masih menggunakan breast pump tersebut. Breast pump anda akan di servis oleh Lactaequip Specialist Technician. Jika breast pump masih menghadapi masalah yang sama selepas di servis, anda boleh menghantar semula kepada Lactaequip tanpa cas tambahan. Paling penting, kesemua cas yang dikenakan adalah berdasarkan harga ahli.

Jika anda membeli Medela US atau UK, besar kemungkinan anda tidak akan mendapat After Sale Service. Jika seller tersebut memberi After Sale Service, ianya hanya selama tempoh warranty berlangsung sahaja. Selepas warranty tamat, dan jika breast pump anda rosak, anda sendiri yang perlu menghantar breast pump anda ke Lactaequip untuk repair atau servis. Perlu diingat, Lactaequip tidak memberi servis kepada pengguna Medela US dan UK. Jika sekalipun mereka memberi servis, jumlah yang perlu anda bayar adalah dua kali ganda daripada jumlah harga yang perlu dibayar oleh Lactaequip Member. Sekali anda hantar breast pump ke Lactaequip, cas permulaan anda adalah RM120, itu adalah cas untuk 'tengok' sahaja mana-mana yang rosak, belum lagi campur repair charge yang perlu dibuat dan replacement parts charge (jika spare part perlu diganti). Pendek kata, sentiasa bersedia dengan minimum RM200 di dalam poket setiap kali anda ke Lactaequip untuk service breast pump, malahan mungkin nilainya lebih lagi. Anda boleh menghubungi sendiri Lactaequip untuk mengetahui charge yang sebenar!

Breast pump Insurance
Insurance ini bermaksud dari segi breast pump replacement originality, quality dan warranty. Perlu anda tahu, Medela Inc tidak pernah menjual Medela Freestyle rechargeable battery, Medela Freestyle motor pump dan spare part di dalam motor pump kepada mana-mana Authorized Dealer nya. Jangan keliru, saya maksudkan tentang motor pump dan isi kandungannya dan juga Medela Freestyle rechargeable battery, bukannya SoftFit breast shield, valve atau membrane yang memang anda boleh beli di mana-mana Authorized Dealer. Item-item ini adalah unlisted replacement part, maka ia hanya terdapat di setiap Authorized Distributor sahaja, dan dijual dalam keadaan new, unused dan original. Maka, jika anda mendapat servis dari Lactaequip, kesemua replacement parts yang anda perolehi dijamin 100% baru dan original. Malahan, anda membelinya pada harga ahli. Maka, jangka hayat breast pump anda terjamin kerana anda telah mendapat alat ganti yang ada warranty dan baru serta original.

Jika anda pengguna Medela US atau UK, anda hanya dapat membeli kesemua item tersebut pada harga yang tinggi di Lactaequip. Jika rechargeable battery dijual pada harga RM300 untuk ahli, anda pula perlu membeli dengan harga RM600. Jika motor pump anda rosak, harga di Lactaequip adalah RM1000 untuk ahli, tetapi untuk anda pengguna Medela US atau UK, sanggupkah anda membeli pada harga RM2000? (anda boleh semak sendiri harga terkini di Lactaequip).

Jangan pula tertipu dengan replacement-replacement tersebut yang dijual di pasaran. Jika kami sendiri sebagai Medela Authorized Dealer tidak diberi kebenaran untuk menjual mana-mana unlisted spare part untuk dijual kepada umum, inikan pula independent seller yang tiada kaitan dengan Lactaequip boleh menjualnya. Jika anda terlihat mana-mana unlisted spare part ini yang di jual di pasaran, ia mungkin adalah 'used' atau fake unit sahaja. Unlisted spare part ini juga hanya dijual oleh Authorized Distributor seperti US, UK dan Malaysia (LactaEquip) sahaja, bukan dijual oleh Dealernya. Maka, ianya bukan sesuatu yang mudah diperolehi di mana-mana pasaran Malaysia, US atau UK sendiri.

Mungkin anda takut untuk mendapat breast pump servis di Lactaequip kerana tidak mahu membayar cas ang mahal, maka anda menghantar breast pump tersebut ke mana-mana kedai electronic. Ya, besar kemungkinan breast pump anda boleh di repair. Tetapi, seperti yang saya ceritakan di atas, alat ganti Medela tidak dijual secara 'open' kepada umum. Maka, alat ganti yang diberi oleh kedai electronic tersebut adalah alat-alat ganti dari barangan yang mudah diperolehi seperti radio, laptop, komputer dan sebagainya. Mungkin alat ganti itu boleh dipakai untuk breast pump anda, tetapi performance dan lifespan breast pump anda tidak lagi sama berbanding anda menggunakan spare part yang direka khas oleh Medela sendiri. Mungkin selepas 3 bulan repair, ia akan rosak lagi, anda hantar servis lagi, maknanya kos lagi, tetapi sampai bila? Mungkin pada masa itu jika anda kira kos pelaburan sebenar untuk breast pump anda telah melebihi harga seunit Medela breast pump with Lactaequip warranty!

Carilah di mana-mana, anda tidak akan jumpa mana-mana replacement motor part atau rechargeable battery seperti yang dicipta oleh Medela, meskipun anda mencari di pasaran China! Jika tidak, sudah tentu anda mudah melihat klon Medela (bukan origin ya!), seperti Nokia dan Cokia (hope you get what I mean)..

As a summary
Sepanjang 2 tahun saya dalam bisnes, saya selalu terima call dari customer bertanya tentang Medela breast pump. Percaya atau tidak, 9/10 customer hanya ambil berat tentang warranty 1 thn yang diberikan, tetapi tidak kisah langsung dengan After Sale Service. Customer yang ingin membeli Medela breast pump dengan segera pula tanpa ambil kisah tentang risiko yang dihadapi akan call untuk servay harga sahaja. Jika saya jual RM1800, independent seller jual RM1500, mereka tidak langsung bertanya kenapa harga yang saya jual lebih tinggi, atau apa bezanya tentang warranty, after sale servis dan sebagainya. Ada antara mereka yang tidak aware wujudnya beberapa jenis Medela origin ini. Malahan mereka sendiri tidak tahu bahawa Lactaequip tidak iktiraf international warranty dan mengenakan double charge untuk pengguna Medela international ini.

Ada customer pula suka membuat andaian bahawa breast pump mereka tidak akan rosak, sebab kebarangkalian untuk rosak adalah 1 dalam 100. Tetapi mereka tidak pernah fikir jika merekalah yang berada dalam angka 1 tersebut. Selagi wujudnya 'Warranty for any Factory Defected', maka anda perlu sentiasa fikir 'It could be mine'!

Anda mungkin perlu membayar lebih harga jika membeli mana-mana Medela Breast pump with Lactaequip warranty berbanding rakan anda yang membeli US atau UK Medela breast pump. Tetapi, jika anda memikirkan tentang instant dan future benefit di samping 'Breast pump insurance' yang akan anda perolehi dari Lactaequip, anda tidak akan menyesal membelinya. Tetapi, jika anda hanya mahu selamatkan RM200-300 wang anda pada hari ini tetapi tidak kisah untuk membayar RM300-600 di kemudian hari, maka apa yang boleh saya katakan, pilihan di tangan anda. Anda yang berhak menentukannya!

Terima kasih lagi sekali kepada sumber
Fb Natural Parenting Store
Blog Lilkaistore
cinnamonkulitkayumanis.blogspot.com


Halalkan perkongsian ini... Semoga semua pembaca mendapat manfaatnya :)