Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan
sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan
janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya
khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.
Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru.
Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian
daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6
diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau
pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi
ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual
dan muntah di awal kehamilan.
Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya
juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin
mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam
susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan
dalam kandungan.
Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.
Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.
Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna
laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan
penyelesaiannya.
Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko
untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.
Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini
berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini
juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah
kanser payudara.
Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya
diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium
yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina
tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf,
pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.
Jangan Minum Berlebihan
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga
kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya
iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid,
khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.
Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam
bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun
akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).
Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu
penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar
unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian
protein.
Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
Anda mengalami 'morning sickness' dan tidak mahu berdaya untuk
bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan
sarapan sangat penting terutamanya buat ibu hamil.
Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula darah sebagai
tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda serta
pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.
Perlu anda perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti gizi dari
makanan yang anda ambil jauh lebih penting berbanding aspek kuantitinya.
Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari dengan
variasi menu yang kaya dengan gizi.
Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, pengambilan susu tetap boleh
anda penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang mengandungi
susu seperti puding, ais krim dan yogurt.
Sumber : Pa&Ma