Saturday 12 May 2012

Tips Memilih Breastpump

Dulu kebanyakkan ibu-ibu tidak mengetahui betapa penting dan berkhasiatnya susu ibu..tp alhamdulillah kini ramai ibu-ibu telah sedar akan kepentingannya. Justeru itu, pelbagai jenis breastpump di cipta bg memenuhi kehendak para ibu ... Tapi mesti ibu-ibu confius kan dalam memilih jenis breastpump yang sesuai? ... Antara faktor yang perlu di titik beratkan iaitu :


KEBERKESANAN PAM 

Bayi menyusu akan menghisap sebanyak 45 - 55 kali hisapan pada setiap minit. Maka lebih dekat kitaran pam dengan lingkungan tersebut maka lebih efektif lah pam dalam mengosongkan payu dara.

Kitaran pam lebih rendah dari 25 kitaran seminit mempunyai kurang keberkesanan. Apabila kitaran pam rendah, masa mengepam adalah ajak panjang. Ini boleh menyebabkan puting dan payudara sakit kerana disedut dan ditarik pada jangkamasa yang panjang.

Kekuatan sedutan dan vakum pam juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanannya. Purata kekuatan sedutan pam pada masa kini adalah 0 mm Hg - 25 mm Hg. Sedutan melebihi 25 mm Hg boleh menyebabkan payu dara sakit.

KETAHANAN PAM
Bukan semua pam diciptakan untuk tujuan yang sama. Ketahanan motor pam direka bentuk bergantung kepada kekerapan mengepam, samaada harian atau sekali-sekala. Ada motor pam yang kecil, ini mungkin sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Disebabkan oleh perbezaan dalam ketahanan, kekerapan anda mengepam adalah satu unsur penting dalam memilih pam anda.

Jika anda menggunakan sebuah pam lebih kerap daripada apa yang dicadangkan, motor pam mungkin akan cepat haus dan ini memendekkan hayat pam. 

JENIS PENGEPAMAN

Terdapat tiga jenis corak pengepaman iaitu single, double alternating and double simultaneous. (tunggal, berganda ulang-alik dan berganda serentak).

Single pump membenarkan anda mengepam satu payudaya pada satu masa. Ini sebenarnya sesuai untuk pengepaman sekali-sekala. Pengepaman sekali-sekala ini bermakna mengepam sekali dalam sehari sahaja.

Jenis ini biasanya ada sesuai untuk suri rumah tangga atau seorang ibu yang kerja sambilan. Atau ibu yang bekerja setengah hari sahaja.

Double alternating Pump pula meyedut kedua-dua payudaya tetapi secara ulang-alik. Pam akan menghasilan sedutan pada satu payu dara sahaja pada satu masa dan sedutan berganti-ganti dengan payudara kiri dan kanan. Pam ini menawarkan lebih rangsangan berbanding single pump, tetapi tidak efektif berbanding double simultaneous pump (pam berganda dan serentak)


Simultaneous Pump (Pam berganda dan serentak)
Pam ini mampu menghasilkan sedutan pada kedua-dua payu dara pada masa yang sama. ia juga mampu  mengurangkan masa pengepaman sebanyak separuh.  Menurut kajian juga, mengepam secara serentak akan meningkatkan penghasilan susuibu. Ini adalah kerana pengosongan payudara secara serentak dapat meningkatkan hormon penyusuan iaitu prolaktin.

KESELESAAN
Breast shield atau corong yang merangkup payudara mempunyai pengaruh terhadap berapa selesanya sebuah pam untuk digunakan. Ada sesetengah pam yang datang dengan satu saiz corong untuk muat semua size payu dara. Ini boleh menjadi tidak selesa untuk ibu-ibu dengan buah dada dan/atau puting yang lebih besar dan mungkin juga boleh menghalang pengeluaran susu.

BABY SWEATER.. RM39 INC POSTAGE..