Tuesday 29 May 2012

Bayi Songsang

Ada x mommies yang pernah mengalami perkara ni? Semasa saya mengandung anak pertama ketika di usia 30minggu, doktor masih mengatakan bayi saya masih belum berada di kedudukan sebenar.
Pendek kata dalam istilah perubatan, bayi masih songsang atau dikenali dengan nama breech. Namun diingatkan, perkara ini adalah normal, kerana selepas anak pertama, ruang dalam rahim, atau ruang antara tulang pinggul lebih besar. Jadi, bayi dalam kandungan (untuk anak kedua dan seterusnya) masih bebas bergerak dan berpusing.



Kelahiran songsang masih boleh berlaku walau pun sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25. Namun, ibu-ibu tidak perlu bimbang kerana bayi atau janin masih boleh bergerak ke kedudukan sebenar di saat hampir bersalin.

Kelahiran songsang masih boleh berlaku sekiranya bayi tidak berpusing, tetapi ia amat berisiko. Punca sebenar masalah ini masih belum dikenalpasti. Namun antara yang berisiko adalah:
  1. ibu yang sudah beberapa kali bersalin, kerana rahim sudah bersifat anjal
  2. ukuran janin terlalu besar dengan tulang pinggul ibu
  3. pernah melahirkan bayi pra-matang atau tidak cukup bulan.
  4. kekurangan air ketuban di dalam rahim
  5. bentuk rahim yang tidak normal
  6. hamil dengan mengalami plasenta previa - kedudukan plasenta yang tidak normal, sehingga ada yang menutupi laluan atau bukaan pintu rahim
  7. hamil kembar, kemungkinan salah seorang sonsang atau keduanya, kerana kedua-dua cuba merebut peluang untuk berada di tempat sepatutnya
Di atas adalah antara golongan yang berisiko mengalami kelahiran bayi sonsang ini. Sekiranya ia berbahaya kepada si ibu dan juga anak, doktor akan menyarankan supaya kelahiran berlaku melalui pembedahan agar kedua-duanya selamat. Di lain artikel, kita tengok pula bagaimana mengesan kedudukan bayi songsang, jenis songsangan dan juga antara cara untuk membantu pergerakan bayi agar berada pada kedudukan sepatutnya.

alhamdulillah, pada usia 32weeks,bayi saya berada pada kedudukan yang sepatutnya :)