Monday 25 June 2012

Dunia penyusuan Mama Riezky :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ibu-ibu yg muda & comel..

"Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." 

Tanggal 02/01/2012 si kecil Muhammad Irfan Riezky selamat di lahirkan dan bermulanya dunia penyusuan saya... Sejak dari mengandung saya memang bertekad untuk memberi susu badan sepenuhnya dan segala persiapan seperti breastpump, storage bottle, cooler bag, breastpump bag siap di beli..

Sejam selepas di lahirkan, Irfan Riezky sudah di berikan susu ibu dan alhamdulillah Irfan Riezky mendapat susu kolostrum...apa itu susu kolostrum? Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi. KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria,tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Namum untuk menyusukan bayi sepenuhnya memerlukan kekuatan mental dan semangat yang sangat kuat.. Ya... saya juga pernah mengalami masalah kekurangan susu tapi saya tak pernah patah semangat... bermacam-macam cara saya cuba.. berurut, makan kucai, pil salindah, set menyusu shaklee, rebus longan kering & barli, suppliment blackmores for pregnancy & lactating mom, cheese, bawang puting dan alhamdulillah segala usaha yang saya lakukan berhasil...sekarang saya berjaya menuyusukan Irfan Riezky sepenuhnya.. 

Walaupun saya bekerja, ianya langsung tidak menghalang saya untuk terus menyusukan anak saya sehingga sekarang... Yang menariknya, apabila saya membawa Irfan Riezky untuk check up di klinik, nurse pasti akan teruja kerana saya bekerja tetapi masih mampu menyusukan bayi dengan susu saya. Setiap kali ke klinik, pasti banyak soalan yang nurse selalu tanya dan diorang pulak yang belajar dari saya macam mana nak buat stok susu hehe... Dan sekarang, saya sangat bangga melihat Irfan Riezky membesar dengan hanya minum susu saya dan membesar dengan sihat dan aktif.. Alhamdulillah Irfan Riezky yang umurnya genap 6 bulan pada 2 Julai 2012 ini...tak pernah kembung perut, tak pernah demam mahupun selsema..bukannya nak cakap besar, tapi semua kesan daripada khasiat susu ibu.

Di sini saya kongsikan kelebihan dan khasiat susu ibu untuk bayi :
  1. Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti,ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi,Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema
  2. Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi
  3. Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu. 
  4. Mencegah dari penyakit rabun malam
  5. Mencegah bayi dari mendapat alahan 
  6. .Menggelakkan taun
  7. Menggelakkan jangkitan telinga
  8. Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan. 
"Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/susu buatan dari lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ia dilahirkan lagi." 

Banyakkan khasiat susu ibu? jadi apa lagi ibu-ibu nak fikirkan? Berikanlah anak anda susu ibu sepenuhnya sebab susu ibu adalah hak si kecil :)